Followers

Monday 8 April 2013

SEORANG LAGI BEKAS PEGAWAI KANAN FELDA SERTAI PAS

Hj Indera Putera bin Ismail, 64 tahun menyerahkan borang menyertai PAS kepada Dato' Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dalam majlis ceramah di Felda Maokil, Labis malam tadi.

Bekas Pegawai Excekutif Jabatan Kewangan Ibupejabat Felda, telah berkhidmat selama 34 tahun bersama Felda. Berasal dari Kajang, kini menetap di Sg Mati, Muar, selepas pencen 8 tahun yang lalu.

Sangat dikenali sebagai pemimpin Kesatuan Sekerja, apabila diangkat sebagai Presiden Kesatuan Sekerja Felda selama 16 tahun dan Naib Presiden MTUC, juga sekitar 16 tahun.

Penyertaan beliau menjadi nilai tambah, selepas kemasukan Mohd Said Jonit, Ceo Felda Plantation, beberapa bulan lalu.

Saya bersama Hj Salleh Abdullah, Pengerusi Alumni Bekas Staf Felda, Mohd Said Jonit dan beberapa orang bekas pengurus Felda, telah mengadakan perbincangan malam tadi sebelum ceramah. Hj Indera Putra bersama team di bawah Hj Salleh akan menggerakkan roadshow ke seluruh Rancangan Felda bagi menyatakan sokongan dan hujah kenapa mesti mengundi Pakatan Rakyat.

Setakat ini sekurang2nya 15 orang bekas pengurus dan 100 orang bekas Staf Felda akan turun padang bagi membantu kempen Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baru yg sangat menarik, kerana sebelum ini, samada staf yg masih berkhidmat atau telah pencen bekerja keras untuk BN.

Semuanya gara2 kepincangan, salah guna kuasa, penyelewengan dan isu penyenaraian FGVH yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kpd BN.

Harapan tinggi mereka, jika PR menguasai Putrajaya, kembalikan semula ketenteraman dan keadilan semua pihak di Felda. Halau penyamun yg diketuai Isa Samad dari terus menerus menjahanamkan harta warga Felda.

Perkembangan sangat baik bagi Warga Felda. Berita buruk buat BN!!!

' MASA UNTUK BERUBAH '

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete