Followers

Tuesday 9 April 2013

Perumahan Generasi Ke Kedua Janji UMNO Barisan Nasional

 Jengka 11
Jengka 2
Menjelang Pilihanraya ... Perumahan Generasi kedua di jaja untuk menarik undi golongan muda.
hakikatnya, janji perumahan PRU 2008 yang lepas masih belum di laksanakan .. yang tinggal hanya signboard ....

CEO FELDA: Mohammad Said Jonit kenapa saya masuk PAS


Siapa sebenarnya pengkhianat melayu?

Siapa sebenarnya pengkhianat melayu?

Monday 8 April 2013

Sentuhan Kecundang ...ISA Samad

Sentuhan Kecundang ...ISAmatra?

Setelah 2 tahun lebih Isa Samad memerintah Felda, maka dia telah menunaikan janji dan amanahnya kepada kroninya, orang2 kuatnya, pengikutnya, suku sakatnya dan barisan penyokongnya. Anak buahnya dari seorang eksekutif yang hampir disingkir kerana kes, dilantik terus menjawat CEO Yayasan Felda bergaji rm36 ribu. ???

Anak Isa turut mendapat habuan komisen ratusan ribu dari projek bekalan vitamin 3 tahun berturut2 dan kes siasatan SPRM akan jadi lipatan sejarah. Pegawai khas Isa yang mendapat komisen bekalan uniform jugak disiasat tetapi terlepas siasatan kerana kekebalan. Nama Isa sentiasa di bibir dan disanjung kerana sikap dermawan memberi sumbangan gunakan dana felda. ???

Sebab itu Isa sentiasa popular dan boleh bertanding di mane2 pun. Orang2 Bagan Pinang menumpang tuah dapat wakil rakyat berhati mulia kerana mendapat peruntukan Felda melimpah ruah bagai anak emas. Orang2 Bagan jugak bertuah makan besar setiap kali hari raya. Kontrak Menara ID menjadi carca merba akibat ketidaktelusan sistem tender yang diberi terus kepada kroni. Jawatankuasa tender Felda hanya jadi tukang endorse setelah pemilihan tender diputus secara runding terus tanpa sebut harga dan ikut pintu belakang. ???

Orang2 parti dan Machang memonopoli kontrak besar Felda atas nama projek transformasi dan tujuan memakmurkan anak peneroka melalui projek rumah dan sentuhan kasih. Orang kuat Isa Samad bekas exco NS dilantik setaraf CEO menjaga tender berbilion2 di Felda Holdings. Orang2 kuat Putri dan parti serta kenalan rakan taulan dari utara ke selatan barat timur diberi tempat menduduki Ahli Lembaga Pengarah syarikat di bawah FGV dan Felda Holdings. ???

Pink form FGV diedar merata tempat pada jun 2012 sehingga kenalan, rakan taulan, ketua cawangan, ketua bahagian yang menyokong Isa Samad mendapat untung sekelip mata. Orang2 kanan Felda yang dilihat menegak kebenaran dan mempertahan Felda dicampak, disepak, ditendang dan dibekukan. Faizol Ahmad menjadi baruah no 1 dan membantu kroni atas alasan melaksanakan berbagai program transformasi..konon. ???

Sabri Ahmad berdendang sayang mengaut kekayaan melalui gaji jutaan dan setelah melakukan jenayah terancang tanpa diambil tindakan. Tanah ladang Felda yang memberi pulangan lumayan setiap tahun menjadi sandaran untuk FGV meniaga atas angin dan FGV mendapat untung mudah. Akibat perjanjian pajakan tanah yang berat sebelah, Felda hilang income rm2 bilion setahun. ???

Cinta 3 segi Isa, Sabri dan Faizol - 3 serangkai, menyebabkan dana Felda semakin merosot dan aliran tunai Felda kian lemah. Buat kali pertama bajet Felda akan jadi defesit lebih rm1 bilion pada 2013. ???

Program2 orang dapur melalui Yayasan, Wada, Sentuhan Kasih dan sebagainya usah dipertikaikan atas nama kasih nya seorang suami mithali. Ini lah jasa dan sumbangan besar Isa Samad melalui kerakusan & keborosan yang tak ternilai kepada warga Felda. ???

Isa oh Isa, manusia mati meninggalkan nama, Isa berundur selepas Felda merana. Sama2 lah kita lihat apa yg akan terjadi selepas PRU 13 ini. ??? ,,,,Wallahualam.

Pembohongan Ahmad Maslan Dan Fitnah President MBFM


mesti di baca oleh Peneroka, Anak-Anak Peneroka

(posting Sang Sa Purba di IFS - mesti di baca oleh Peneroka, Anak-Anak Peneroka)

Tanah ladang Felda yg sudah dipajak selamanya kpd FGV adalah kaw yg dilulus kerjaan negeri tetapi tidak sesuai diuntukkan kpd peneroka kerna msalah muka bumi. Lebih 68% kawasan adalah marginal. Ada juga kawasan baik spt Krau, Besout, Mercong, Rantau Abg, Bera sel dll yg beri yield tinggi above 25ton. ???

Kawan di Felda britau yg premium, cukai, upah ukur dll sudah dibayar penuh oleh Felda. Sebagai trade off kpd dasar federal govrn tidak ambik peneroka, bole dikatakan semua kerajaan negeri menuntut premium tinggi hinggakn lebih tinggi dari apa yg dibyar ladang swasta. Misalnya Sabah, bukan saja premium tamb dibyar oleh Felda tetapi jugak denda dsb. Lebih 80% tanah sudah ada geran tetapi taraf pegangan lease hold. Tidak ada seinci tanah status free hold. ???

Tak mcm IOI, Sime Darby, KLK, UP, dll lebih 80% taraf free hold. Jadi FGV tak bole nak bongkak sgt pegang harta org lain. Nilai tanah FGV makin murah brbanding free hold. Ada tanah tempoh lease berbaki 50 tahun saja di Sarawak & Sabah 60 tahun. Paling sedih ada kerajaan negeri BN enggan keluar geran dan kabarnya nak memulangkn duit bayaran premium kpd Felda. Alasan krajaan negri tak puas hati hasil FGV saja yg sapu. ???

Pahang dan Sabah pulak dpat special allocation 5% saham FGV dan Felda biayai rm550 juta?? Apa dah jadi?? Selangor ambik semula tanah Sg Tengi sel tapi FGV terus kaut hasil. ???

Di Kelantan pun ada tanah begitu besar luasnya 80ribu ekar & hasil disapu oleh FGV. Kabarnya duit premium dilabur dlm CIMB atas akaun SS incorp. Kira baik lah kerajaan negeri Kelantan tak campur tgn hal state admin & tidak menuntut apa2 dari FGV walaupun Tn Guru ada hak persoalkn. ???

Johor negeri ke 3 terbesar pun tidak mendapat apa2 share. Kalau lah Tuanku Sultan menitahkn sesuatu mcm mane.? Jadi agihan hasil ikut negeri pun tak adil. Tak kan Pahang dan Sabah saja yg dpat saham FGV.???

Isu tanah FGV saja dah kelam kabut, mcm mane harga saham nak naik? Semasa BUL diujudkn dulu, maka org lama brtungkus lumus bangunkn ladang Felda. Sistem infra, lining, teres dll bukan mudah sbb gunung ganang. FGV bersenang lenang mengambil ladang Felda dan membawa masuk org2 Golden Hope yg tak laku. Gaji diberi setinggi2nya. ???

Imej planters Felda group makin pupus sbb org teknikal mengmbil aleh. Itu sbb kos operasi FGV jadi mahal & margin untung makin kecil. Replanting cost tak cukup rm15 k/hec. FGV perlukn rm3bilion utk prog replantng. Tak mungkin harga saham melonjak2 melainkn org2nya saja yg terkinja2 merebut harta kekayaan. Gaji Sabri berjuta walau tua kerepot. Org politik bukan2 tanpa expert dilantik jadi board Skyt Bursa. ???

Mcm mane saham nak naik kalau politician tak laku pun pegang board? Org politik dpat pink form & untung sekelip mata. Kira2 23% peneroka tolak tawaran blue form dan siapa2 kah yg diagihkn saham kalau tidak kroni sehinggakn reporter kangkung pun dpat saham. ???

Seorg timb mentri menolak twaran saham 2 lot drpd FGV tapi dia tak ckp saham poroksi 20 juta??? Pengrusi tak kan dpat 180 k, saham proksi tak pernah diisytiharkn. Saham genting 405 juta bertukar tgn dlm 19 hari, sape yg untung sekelip mata? Yg jadi mangsa ialah Felda, terpaksa memapah & menongkat FGV yg sakit tenat. Felda terpaksa tambah modal & beli saham FGV. ???

Faizol menjadi baruah yg tak sedar diri ditunggang FGV. Dia masih meraban, meroyan & berkhayalan tiada halauan. Faizol lebih rela dikudakn Isa Samad dan Sabri, para pengkhianat semata2 kebendaan. Dzul DG dicampak jauh, org kanan Felda disepak & dicold storage utk mudahkan kerja. ???

Trurich, Fop, Pasir Gudang Refinery apa jadi. ? ....SPRM tingkat 5 hanya jadi pemerhati saja sbb dah sain MOU. Jadi, tengok saja apa kesudahnya. Sampai tahap mane Felda akan berhempas pulas lagi menongkat FGV... sampai ke bila Felda berabis duit kerana FGV. ???

Hanya yg bole diselamatkn apabila 3 serangkai pengkhianat ini diusir dari Felda... ???
Wallahualam

Lawatan Ke Kampung Tan Yoke Fong

















Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bkt Permai

'Tembakan meriam' iringi pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bkt Permai(selepas pembubaran Parlimen)petang semalam. Ia disempurnakan oleh Dato' Mahfuz Umar, Naib Presiden PAS di Felda Bkt Permai, Kulaijaya.

Sekitar 200 orang hadir. Suasana yang sangat berbeza berbanding PRU 12. Geng2 Umno memerhati dari jauh. Rasa terpencil barangkali. Sebahagian besar anak muda Felda Bkt Permai yg dulunya Umno telah menyertai PAS. Mereka berkonvoi sejauh 3 km mengiringi kedatangan Dato' Mahfuz.

INI KALILAH!

SEORANG LAGI BEKAS PEGAWAI KANAN FELDA SERTAI PAS

Hj Indera Putera bin Ismail, 64 tahun menyerahkan borang menyertai PAS kepada Dato' Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dalam majlis ceramah di Felda Maokil, Labis malam tadi.

Bekas Pegawai Excekutif Jabatan Kewangan Ibupejabat Felda, telah berkhidmat selama 34 tahun bersama Felda. Berasal dari Kajang, kini menetap di Sg Mati, Muar, selepas pencen 8 tahun yang lalu.

Sangat dikenali sebagai pemimpin Kesatuan Sekerja, apabila diangkat sebagai Presiden Kesatuan Sekerja Felda selama 16 tahun dan Naib Presiden MTUC, juga sekitar 16 tahun.

Penyertaan beliau menjadi nilai tambah, selepas kemasukan Mohd Said Jonit, Ceo Felda Plantation, beberapa bulan lalu.

Saya bersama Hj Salleh Abdullah, Pengerusi Alumni Bekas Staf Felda, Mohd Said Jonit dan beberapa orang bekas pengurus Felda, telah mengadakan perbincangan malam tadi sebelum ceramah. Hj Indera Putra bersama team di bawah Hj Salleh akan menggerakkan roadshow ke seluruh Rancangan Felda bagi menyatakan sokongan dan hujah kenapa mesti mengundi Pakatan Rakyat.

Setakat ini sekurang2nya 15 orang bekas pengurus dan 100 orang bekas Staf Felda akan turun padang bagi membantu kempen Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baru yg sangat menarik, kerana sebelum ini, samada staf yg masih berkhidmat atau telah pencen bekerja keras untuk BN.

Semuanya gara2 kepincangan, salah guna kuasa, penyelewengan dan isu penyenaraian FGVH yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kpd BN.

Harapan tinggi mereka, jika PR menguasai Putrajaya, kembalikan semula ketenteraman dan keadilan semua pihak di Felda. Halau penyamun yg diketuai Isa Samad dari terus menerus menjahanamkan harta warga Felda.

Perkembangan sangat baik bagi Warga Felda. Berita buruk buat BN!!!

' MASA UNTUK BERUBAH '

Sunday 7 April 2013

KULAI JAYA - GOTONG-ROYONG BAIKI BUMBUNG RUMAH

Selepas melakukan ziarah dua minggu lalu, pagi ini sukarelawan PAS Kulaijaya mengadakan gotong royong di rumah sdr Norman Yusof, 26 tahun, Kg Melayu Sedenak. Seorang anak muda yang baik, berkorban menjaga ibunya, Rozita Ahmad, 49 tahun, yang mengalami masalah mental.

Beliau telah mohon bantuan menggantikan bumbung rumahnya yg sudah reput, macam keropok. Bocor hampir setiap penjuru rumah. Wakil Rakyat

BN Bkt Permai, Ketua Kampung dan Ketua Umno Cawangan datang membuat tinjauan. Namun permohonan ditolak. Alasannya, rumah besar dan masih cantik.

Oleh kerana bocor yg teruk, carpet pun tidak boleh dipasang. Bila hujan, hanya ruang dapur sahaja boleh duduk. Yang lain, air masuk dan melimpah dalam rumah.

Norman masih bujang. Memasak, membasuh dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, hari ini kerja2 menukar bumbung dapat dijayakan dengan lancar. Inilah keprihatinan PAS untuk rakyat yg memerlukan. Terimakasih kepada para dermawan!

Membongkar Pembohongan Ahmad Maslan dan Anuar Manaf


Lahat Datu: Kisah Yang Masih Panjang


KATAKAN PTI TAK RAMAI

Syukurlah keadaan di Sabah agak aman, tetapi apakah tidak akan berlaku keadaan sama apa lagi kalau keinginan mereka tidak mendapat apa-apa.

Apakah mundu2 itu akan berdiamkan diri bakal tidak melakukan sesuatu nantinya?

Mungkin sekarang tidak, tetapi setahun, dua tahun, 10 tahun atau 100 tahun akan datang? Selagi ada sesuatu yang terselindung dan tak jelas mereka tetap akan melakukan sedayanya dan inilah bila orang terdesak mahu hidup, apa lagi kala mereka memikirkan zaman kegemilangan kesultanan yang sudah ditelan zaman.

Cuba kita fikirkan, kenapa mereka begitu berani menceroboh dan kemudian mengganas? Kita baca sejarah bahawa umereka ini sejarahnya melanun, rompak dan rampas dan sikap tabiat itu akan terus menjadi amalan budaya mereka sejak berzaman dan kerana itu menceroboh, mengganas seolah perkara biasa saja.

Kenapa mereka begitu berani dan nekad melakukan pencerobohan di Sabah?

Kita kena teliti keadaan di Sabah sekarang ini dan orang mereka sudah juta di sekitar kita dan itu menyebabkan mereka berani dan nekad.

Siapa saja yang membuka pintu untuk mereka ini?

Tidak mungkin pembangkang dan ini tentunya pemerintah sebab pemerintah sahaja yang berkuasa hal2 Imigresen, JPN dan Kementerian keselamatan dalam negeri yang seolah menutup mata dan kalaupun berusaha hanyalah sekadar cakap tetapi di depan mata kita masih ramai kalangan mereka berkeliaran di likas, lansanan, pekan Inanam, Kinarut, Sembulan, malah di sekitar Kota Kinabalu rata adalah mereka yang dimaksudkan.

Sesudah pencerobohan berlaku, jelas pemerintah menuding pembangkang dan pembangkang menuding pemerintah, sedang yang berkuasa laut dan darat ialah pemerintah dan apakah kalau ini benar pembangkang dalangnya, kenapa kehadiran mereka di laut tidak boleh dikesan dan apakah ada cerita sebaliknya dan ini masih belum terjawab.

Sesudah pencerobohan, lalu hangat pula diperkatakan soal kubur baru ada di mana2 dan ada di tuaran, Ranau, keningau dan ini menjadi misteri soal siapa yang meninggal dan ketika ditanya tak siapa dapat memberikan jawaban.

Kenapa mereka dikuburkan di lokasi itu tanpa ketahuan asal usulnya? Dan ini jelas bahawa yang meninggal itu sebenarnya ialah rakyat Malaysia/iaitu PTI yang mendapat IC anugerah BN dan ini yang jelas, sebaliknya yang berkeliaran di sana sini dan sudah menjadi pengundi. Lalu adakah ini juga pembangkang yang disalahkan?

Bukankah Misuari pernah berkata yang najib pernah berjanji dengan kumpulan itu untuk memberikan sesuatu di Lahad Datu? Ini juga masih dipersoalkan dan tentunya kita sudah mengagak ada yang telah berjanji dan kalau dikatakan soal janji, maka tentu bukan pembangkang tetapi yang memerintah dan siapa yang memerintah dan berkuasa?

Mari kita berfikir.

ANA MARIA
ADMIN
ADUAN RAKYAT TENOM
7/4/2013
10PM

Merungkai Pergolakan Lahat Datu

Semakin lama, kes lahat Datu, semakin terungkai.,hasil pemerintahan korup BN selama lebih setengah abad.

PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg' dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.

Penangkapan seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah 'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.

Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Benjamin adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.

Penglibatan Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat berkomplot dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.

Penangkapan Hassan dan beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan masalah penyelewengan dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi menyiasat 'Sikitul' yang bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian seragam; demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.

Kampung Tanduo adalah 'Zon Gelap' seperti Pulau Languyan di Filipina kerana majoriti PATI mendarat di Tanduo dan Syurga bagi penyeludup barang bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula, minyak diesel, baja dan barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.

Sebelum 'Pengganas Sulu' mendarat di Tanduo atas jemputan 'Komander Mat Bom', penduduk sudah lama melaporkan kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan kemasukan senjata api kepada Ketua Kampung di sekitarnya, termasuk Yang Berhormat; tetapi semuanya 'bagai ayam Jantan kehilangan telur' tidak berani bertindak kerana tidak mahu menanggung risiko diculik atau dibunuh pengganas.

'Sikap Tidak apa' dan bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi Tanduo yang indah disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah dalam pertempuran yang boleh dihindarkan jika pasukan keselamatan mendengar rayuan penduduk kampung membentengi mereka daripada Pengganas yang terkepung.

Namun PDRM belum sedar bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat dengan penyeludupan manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak kerja atau 'merampas' ladang kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan yang telah dikeluarkan daripada Felda Sahabat secara bersindiket.

Ramai pegawai kanan polis, termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen atau bersara sukarela yang melakukan kegiatan berkenaan secara terang atau bersembunyi di sebalik nama isteri dan sanak saudara; demi untuk memperkayakan diri dengan menghalalkan cara, termasuk menggaji PATI yang ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan Felda untuk menjual buah kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi dikeluarkan setelah pengukuran semula.

Kegiatan pengganas di Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Labian, Lok Buani dan sebagainya telah lama berlaku tetapi disembunyikan pegawai polis yang rasuah dan mencari makan sehinggalah menyembunyikan kematian dua anggota RELA di Lok Buani sekitar 1996-1997 dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan nasional.

Penglibatan Ahmad Malandi @ Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan pencerobohan oleh 76 pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum mereka menggaji lebih daripada 200 WargaPenyu yang memiliki MyKad Malaysia melalui 'IC Projek Mahathir'.

Wargapenyu ini telah direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600 USD (mengikut pangkat) sebulan sebagai 'Pengawal Keselamatan' beruniform untuk menjaga tanah Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka dijenamakan semula sebagai 'Tentera DiRaja Sulu' yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan 'kedaulatan' Sabah oleh Sultan Palsu, 'Setan Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim.

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada kesilapan kerana Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal (berdasarkan risikan dan maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis) bahawa pengganas sudah memasuki Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas di Tanjung Batu; juga diremehkan PDRM.

Bezanya 'Panglima perang' di zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan hadapan dan bukannya duduk bersantai di resort ketika perwira negara bertarung nyawa. Paling menjengkelkan ada pegawai kanan kerajaan mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak berkuasa dan 20 keluarga 'penduduk tempatan' yang tinggal di situ akan ditempatkan di kawasan baru; akan dijadikan 'Pusat Pelancongan' adalah kenyataan yang paling tidak bermaruah.

Kampung Tanduo adalah salah satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah dirampas FELDA kerana termasuk dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan 245,000 ekar tanah adat kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya membatalkan lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran dan geran draf.

Namun malangnya FELDA mungkir janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai 'Lombong Emas' dan menjadi zon menternak PATI dan menyuburkan kegiatan keganasan. Ikuti episod akan datang 'FELDA Lindungi Pengganas?

Gotong Royong Sukarelawan PAS

Selepas melakukan ziarah dua minggu lalu, pagi ini sukarelawan PAS Kulaijaya mengadakan gotong royong di rumah sdr Norman Yusof, 26 tahun, Kg Melayu Sedenak. Seorang anak muda yang baik, berkorban menjaga ibunya, Rozita Ahmad, 49 tahun, yang mengalami masalah mental.

Beliau telah mohon bantuan menggantikan bumbung rumahnya yg sudah reput, macam keropok. Bocor hampir setiap penjuru rumah. Wakil Rakyat BN Bkt Permai, Ketua Kampung dan Ketua Umno Cawangan datang membuat tinjauan. Namun permohonan ditolak. Alasannya, rumah besar dan masih cantik.

Oleh kerana bocor yg teruk, carpet pun tidak boleh dipasang. Bila hujan, hanya ruang dapur sahaja boleh duduk. Yang lain, air masuk dan melimpah dalam rumah.

Norman masih bujang. Memasak, membasuh dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, hari ini kerja2 menukar bumbung dapat dijayakan dengan lancar. Inilah keprihatinan PAS untuk rakyat yg memerlukan. Terimakasih kepada para dermawan!

Aktivis Wanita Umno yang diabaikan....

Petang ini menziarahi Pn Maznah Mat Zain, 44 tahun. Ibu tunggal, berasal dari Kedah. Suaminya, saudara baru keturunan Siam, orang Kelantan.

Aktivis Wanita Umno, yang begitu aktif suatu ketika dulu. Bila kematian suami, hidupnya mula terumbang ambing, kerana hilang tempat bergantung. Pemimpin Umno setempat tidak menghargai jasanya.

Tidak sekadar kehilangan suami, terlibat pula dengan kemalangan jalanraya. Beliau kehilangan pendapatan. Cuma bergantung sumbangan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan, manakala bantuan JKM, RM200 sebulan telah dihentikan, tanpa alasan munasabah.

Beliau mesti membayar duit sewa rumah RM300 sebulan, ansuran motor RM120 sebulan, belanja dua orang anak sekolah, kos makan minum, bil api air dll. Kerana tiada kemampuan, motornya telah ditarik.

Kini, dengan keadaannya yg masih uzur kerana kemalangan jalanraya, apa yg mampu dilakukannya. Mujur ada orang PKR dan PAS yg membantu. Usaha sdr Hairie, menemukan saya, sdr Hisham dan muslimat PAS ke rumah sewanya di Taman Puteri, Kulai.

Selain memberi sedikit sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian, kami sedang berurusan dengan pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya, untuk mendapat gerai, untuk beliau berniaga. Moga hidupnya kembali ceria.

Selingkar kisah aktivis Wanita Umno yang diabaikan....

Penjelasan isu Kalimah Allah

Penjelasan isu Kalimah Allah

Silat Bugis

Menziarahi Pengerusi Persatuan Seni Silat Bugis, En Hassan Lamuso. Berasal dari Benut. Walaupun di pejabat persatuan dan keretanya dipenuhi bendera BN, undi belum tau, katanya....

Alhamdulillah, zahir sahaja BN, undi......

INI KALILAH!

Pagi ini mengadakan Ziarah di Kg Tan Yoke Pong, Kulaijaya. Lebih kurang 100 buah rumah dilawati. Bersama bakal Calon DAP, Wong Su Qi, Sdr Hisham dan pimpinan PAS dan DAP.

Tidak ada sebuah rumah pun yang menyatakan pendirian menyokong BN. Mereka mahu buat perubahan total, mengundi Pakatan Rakyat.

INI KALILAH!

Ziarah Kampung Cina

Ziarah bertemu penduduk Kampung Tan Chok Hong bersama calon Dap Dun Kulai.

Pendatang asing lebih mulia dari rakyat tempatan!

Sagayam A/L Jayaram, lahir pada 16.4.1959, di Singapura. Berhijrah di Ladang Kelan, ketika berusia 4 tahun.
Selama 50 tahun tinggal di Malaysia, hanya ada IC Merah sahaja.

Banyak kali buat permohonan,hingga ke Kementerian Dalam Negeri, tapi ditolak tanpa alasan.
Kini tinggal di Taman Cantik, Kulaijaya.

Pendatang asing lebih mulia dari rakyat tempatan!

BN pengkhianat negara!

 Inilah adik Chin Mei Sing, yang mendapat Mykad berstatus PEMASTAUTIN SEMENTARA. Ada tarikh luput : 21.12.2013.

Pusat Aduan Rakyat DUN Bkt Permai, Kulaijaya telah dedahkan sandiwara pemberian IC yg pelik ini dalam Sidang Media petang tadi. Ia telah dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara, namun susulan pihak JPN sangat mengecewakan.

Beberapa hari lagi kami akan ke JPN Negeri, mohon penjelasan. Kita punya dokumen berkaitan...
Memang peranan parti politik dan Ngo membantu rakyat. Orang Indonesia, Bangladesh dll, senang2 boleh dapat IC,untuk menangkan BN.

BN pengkhianat negara!