Followers

Sunday 7 April 2013

Gotong Royong Sukarelawan PAS

Selepas melakukan ziarah dua minggu lalu, pagi ini sukarelawan PAS Kulaijaya mengadakan gotong royong di rumah sdr Norman Yusof, 26 tahun, Kg Melayu Sedenak. Seorang anak muda yang baik, berkorban menjaga ibunya, Rozita Ahmad, 49 tahun, yang mengalami masalah mental.

Beliau telah mohon bantuan menggantikan bumbung rumahnya yg sudah reput, macam keropok. Bocor hampir setiap penjuru rumah. Wakil Rakyat BN Bkt Permai, Ketua Kampung dan Ketua Umno Cawangan datang membuat tinjauan. Namun permohonan ditolak. Alasannya, rumah besar dan masih cantik.

Oleh kerana bocor yg teruk, carpet pun tidak boleh dipasang. Bila hujan, hanya ruang dapur sahaja boleh duduk. Yang lain, air masuk dan melimpah dalam rumah.

Norman masih bujang. Memasak, membasuh dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, hari ini kerja2 menukar bumbung dapat dijayakan dengan lancar. Inilah keprihatinan PAS untuk rakyat yg memerlukan. Terimakasih kepada para dermawan!

No comments:

Post a Comment