Followers

Sunday 7 April 2013

Lahat Datu: Kisah Yang Masih Panjang


KATAKAN PTI TAK RAMAI

Syukurlah keadaan di Sabah agak aman, tetapi apakah tidak akan berlaku keadaan sama apa lagi kalau keinginan mereka tidak mendapat apa-apa.

Apakah mundu2 itu akan berdiamkan diri bakal tidak melakukan sesuatu nantinya?

Mungkin sekarang tidak, tetapi setahun, dua tahun, 10 tahun atau 100 tahun akan datang? Selagi ada sesuatu yang terselindung dan tak jelas mereka tetap akan melakukan sedayanya dan inilah bila orang terdesak mahu hidup, apa lagi kala mereka memikirkan zaman kegemilangan kesultanan yang sudah ditelan zaman.

Cuba kita fikirkan, kenapa mereka begitu berani menceroboh dan kemudian mengganas? Kita baca sejarah bahawa umereka ini sejarahnya melanun, rompak dan rampas dan sikap tabiat itu akan terus menjadi amalan budaya mereka sejak berzaman dan kerana itu menceroboh, mengganas seolah perkara biasa saja.

Kenapa mereka begitu berani dan nekad melakukan pencerobohan di Sabah?

Kita kena teliti keadaan di Sabah sekarang ini dan orang mereka sudah juta di sekitar kita dan itu menyebabkan mereka berani dan nekad.

Siapa saja yang membuka pintu untuk mereka ini?

Tidak mungkin pembangkang dan ini tentunya pemerintah sebab pemerintah sahaja yang berkuasa hal2 Imigresen, JPN dan Kementerian keselamatan dalam negeri yang seolah menutup mata dan kalaupun berusaha hanyalah sekadar cakap tetapi di depan mata kita masih ramai kalangan mereka berkeliaran di likas, lansanan, pekan Inanam, Kinarut, Sembulan, malah di sekitar Kota Kinabalu rata adalah mereka yang dimaksudkan.

Sesudah pencerobohan berlaku, jelas pemerintah menuding pembangkang dan pembangkang menuding pemerintah, sedang yang berkuasa laut dan darat ialah pemerintah dan apakah kalau ini benar pembangkang dalangnya, kenapa kehadiran mereka di laut tidak boleh dikesan dan apakah ada cerita sebaliknya dan ini masih belum terjawab.

Sesudah pencerobohan, lalu hangat pula diperkatakan soal kubur baru ada di mana2 dan ada di tuaran, Ranau, keningau dan ini menjadi misteri soal siapa yang meninggal dan ketika ditanya tak siapa dapat memberikan jawaban.

Kenapa mereka dikuburkan di lokasi itu tanpa ketahuan asal usulnya? Dan ini jelas bahawa yang meninggal itu sebenarnya ialah rakyat Malaysia/iaitu PTI yang mendapat IC anugerah BN dan ini yang jelas, sebaliknya yang berkeliaran di sana sini dan sudah menjadi pengundi. Lalu adakah ini juga pembangkang yang disalahkan?

Bukankah Misuari pernah berkata yang najib pernah berjanji dengan kumpulan itu untuk memberikan sesuatu di Lahad Datu? Ini juga masih dipersoalkan dan tentunya kita sudah mengagak ada yang telah berjanji dan kalau dikatakan soal janji, maka tentu bukan pembangkang tetapi yang memerintah dan siapa yang memerintah dan berkuasa?

Mari kita berfikir.

ANA MARIA
ADMIN
ADUAN RAKYAT TENOM
7/4/2013
10PM

No comments:

Post a Comment