Followers

Sunday 7 April 2013

Aktivis Wanita Umno yang diabaikan....

Petang ini menziarahi Pn Maznah Mat Zain, 44 tahun. Ibu tunggal, berasal dari Kedah. Suaminya, saudara baru keturunan Siam, orang Kelantan.

Aktivis Wanita Umno, yang begitu aktif suatu ketika dulu. Bila kematian suami, hidupnya mula terumbang ambing, kerana hilang tempat bergantung. Pemimpin Umno setempat tidak menghargai jasanya.

Tidak sekadar kehilangan suami, terlibat pula dengan kemalangan jalanraya. Beliau kehilangan pendapatan. Cuma bergantung sumbangan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan, manakala bantuan JKM, RM200 sebulan telah dihentikan, tanpa alasan munasabah.

Beliau mesti membayar duit sewa rumah RM300 sebulan, ansuran motor RM120 sebulan, belanja dua orang anak sekolah, kos makan minum, bil api air dll. Kerana tiada kemampuan, motornya telah ditarik.

Kini, dengan keadaannya yg masih uzur kerana kemalangan jalanraya, apa yg mampu dilakukannya. Mujur ada orang PKR dan PAS yg membantu. Usaha sdr Hairie, menemukan saya, sdr Hisham dan muslimat PAS ke rumah sewanya di Taman Puteri, Kulai.

Selain memberi sedikit sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian, kami sedang berurusan dengan pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya, untuk mendapat gerai, untuk beliau berniaga. Moga hidupnya kembali ceria.

Selingkar kisah aktivis Wanita Umno yang diabaikan....

No comments:

Post a Comment