Followers

Monday 8 April 2013

Sentuhan Kecundang ...ISA Samad

Sentuhan Kecundang ...ISAmatra?

Setelah 2 tahun lebih Isa Samad memerintah Felda, maka dia telah menunaikan janji dan amanahnya kepada kroninya, orang2 kuatnya, pengikutnya, suku sakatnya dan barisan penyokongnya. Anak buahnya dari seorang eksekutif yang hampir disingkir kerana kes, dilantik terus menjawat CEO Yayasan Felda bergaji rm36 ribu. ???

Anak Isa turut mendapat habuan komisen ratusan ribu dari projek bekalan vitamin 3 tahun berturut2 dan kes siasatan SPRM akan jadi lipatan sejarah. Pegawai khas Isa yang mendapat komisen bekalan uniform jugak disiasat tetapi terlepas siasatan kerana kekebalan. Nama Isa sentiasa di bibir dan disanjung kerana sikap dermawan memberi sumbangan gunakan dana felda. ???

Sebab itu Isa sentiasa popular dan boleh bertanding di mane2 pun. Orang2 Bagan Pinang menumpang tuah dapat wakil rakyat berhati mulia kerana mendapat peruntukan Felda melimpah ruah bagai anak emas. Orang2 Bagan jugak bertuah makan besar setiap kali hari raya. Kontrak Menara ID menjadi carca merba akibat ketidaktelusan sistem tender yang diberi terus kepada kroni. Jawatankuasa tender Felda hanya jadi tukang endorse setelah pemilihan tender diputus secara runding terus tanpa sebut harga dan ikut pintu belakang. ???

Orang2 parti dan Machang memonopoli kontrak besar Felda atas nama projek transformasi dan tujuan memakmurkan anak peneroka melalui projek rumah dan sentuhan kasih. Orang kuat Isa Samad bekas exco NS dilantik setaraf CEO menjaga tender berbilion2 di Felda Holdings. Orang2 kuat Putri dan parti serta kenalan rakan taulan dari utara ke selatan barat timur diberi tempat menduduki Ahli Lembaga Pengarah syarikat di bawah FGV dan Felda Holdings. ???

Pink form FGV diedar merata tempat pada jun 2012 sehingga kenalan, rakan taulan, ketua cawangan, ketua bahagian yang menyokong Isa Samad mendapat untung sekelip mata. Orang2 kanan Felda yang dilihat menegak kebenaran dan mempertahan Felda dicampak, disepak, ditendang dan dibekukan. Faizol Ahmad menjadi baruah no 1 dan membantu kroni atas alasan melaksanakan berbagai program transformasi..konon. ???

Sabri Ahmad berdendang sayang mengaut kekayaan melalui gaji jutaan dan setelah melakukan jenayah terancang tanpa diambil tindakan. Tanah ladang Felda yang memberi pulangan lumayan setiap tahun menjadi sandaran untuk FGV meniaga atas angin dan FGV mendapat untung mudah. Akibat perjanjian pajakan tanah yang berat sebelah, Felda hilang income rm2 bilion setahun. ???

Cinta 3 segi Isa, Sabri dan Faizol - 3 serangkai, menyebabkan dana Felda semakin merosot dan aliran tunai Felda kian lemah. Buat kali pertama bajet Felda akan jadi defesit lebih rm1 bilion pada 2013. ???

Program2 orang dapur melalui Yayasan, Wada, Sentuhan Kasih dan sebagainya usah dipertikaikan atas nama kasih nya seorang suami mithali. Ini lah jasa dan sumbangan besar Isa Samad melalui kerakusan & keborosan yang tak ternilai kepada warga Felda. ???

Isa oh Isa, manusia mati meninggalkan nama, Isa berundur selepas Felda merana. Sama2 lah kita lihat apa yg akan terjadi selepas PRU 13 ini. ??? ,,,,Wallahualam.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete